“JADILAH ORANG YANG MERDEKA”

Antara pengajaran terbesar yang dapat kita perolehi dari Tragedi Karbala ialah: KEMERDEKAAN DIRI. Ia telah dipamerkan dengan jelas, dan dinyatakan dengan tegas oleh Sayyidina Husein AS. Setelah para pejuang yang lain gugur syahid, sekumpulan tentera musuh dalam sekitar 10 orang tentera infantri yang dipimpin oleh Shamir bin Dhī al-Jawshan datang kepada khemah Sayyidina Husein AS, […]

KEPALA SAYYIDINA HUSEIN AS DI KUFAH: Riwayat Anas bin Malik.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أُتِيَ عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ زِيَادٍ بِرَأْسِ الحُسَيْنِ عَلَيْهِ السَّلاَمُ، فَجُعِلَ فِي طَسْتٍ، فَجَعَلَ يَنْكُتُ، وَقَالَ فِي حُسْنِهِ شَيْئًا، فَقَالَ أَنَسٌ: “كَانَ أَشْبَهَهُمْ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ [وآلِهِ] وَسَلَّمَ، وَكَانَ مَخْضُوبًا بِالوَسْمَةِ” “Daripada Anas bin Mālik RA: ʿUbaydullāh bin Ziyād (Gabenor Kufah) telah didatangi dengan kepala Husein AS, […]

TANGISAN RASULULLAH SAW KE ATAS SAYYIDINA HUSEIN AS: Riwayat Ummu Salamah RA (3)

Daripada Ummu Salamah r.anha, kata beliau: Rasūlullāh s.a.a.w telah bersabda kepadaku: “Duduklah di pintu, dan jangan ada seorang pun yang masuk kepadaku”. Aku pun berdiri di pintu, ketika Husein r.a. datang, aku pun pergi untuk mengambil beliau, lalu budak itu telah mendahuluiku, lantas beliau masuk kepada datuk beliau, maka aku pun berkata: Wahai Nabi Allāh, […]

TANGISAN RASULULLAH SAW KE ATAS SAYYIDINA HUSEIN AS: Riwayat Ummu Salamah RA (2)

Daripada Ummu Salamah, kata beliau: Rasūlullāh s.a.a.w sedang duduk suatu hari di rumahku, lalu baginda bersabda: Jangan seorang pun masuk kepadaku. Maka aku pun menunggu. Maka masuklah Husein r.a, lalu aku mendengar tangisan tersedu-sedu Rasūlullāh s.a.a.w yang sedang menangis, maka aku pun menjenguk, rupa-rupanya Husein berada dalam riba baginda, dan Rasūlullāh s.a.a.w sedang menyapu dahinya […]

TANGISAN RASULULLAH SAW KE ATAS SAYYIDINA HUSEIN AS: Riwayat Ummu Salamah RA (1)

Daripada Ummu Salamah, kata beliau: Hasan dan Husein r.anhuma sedang bermain di hadapan Nabi s.a.a.w di rumahku, lalu turunlah Jibril a.s, lantas berkata: “Wahai Muḥammad, sesungguhnya umatmu akan membunuh anakmu ini selepas daripadamu”, lalu beliau mengisyaratkan dengan tangan beliau kepada Husein, maka menangislah Rasūlullāh s.a.a.w, dan baginda mendakapnya ke dada baginda. Kemudian Rasūlullāh s.a.a.w bersabda: […]

“MAKA HENDAKLAH DIA MEMBANTU BELIAU”

Daripada Anas bin al-Ḥārith, katanya: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: « إِنَّ ابْنى هَذَا -يعنى الحُسين- يُقْتَلُ بأرضٍ من أرضِ العراق، يقال لها كَربلاءَ، ‌فمن ‌شَهد ‌ذلك ‌منكم ‌فَلينْصُرْهُ » Maksudnya: “Sesungguhnya anakku ini – yakni Husein – akan dibunuh di satu tanah dari bumi Iraq yang dipanggil Karbala; maka sesiapa yang menyaksikan yang […]

TERMASUK DIRI NABI SAW

TERMASUK DIRI NABI SAW عن يعلى العامري: أنه خرج مع رسولِ اللهِ صلى الله عليه وآله وسلم إلى طعامٍ دُعُوا له، فإذا حسينٌ مع الصِّبْيانِ يَلعبُ، فاستَقبل أمامَ القومِ، ثم بَسَطَ يَدَهُ، فجعل الصبيُّ يَفِرُّ ها هنا مَرّةً وها هنا مرة، وجعل رسولُ الله صلى الله عليه وآله وسلم يُضاحِكُهُ، حتى أخذه رسولُ اللهِ صلى […]