“DARI KERANA BENCIKAN ALI”

Daripada Saʿīd bin Jubayr, katanya: “Aku pernah bersama Ibn ʿAbbās di Arafah, lalu beliau berkata: Mengapa aku tidak mendengar orang ramai bertalbiyah? Aku berkata: Mereka takut terhadap Muʿāwiyah. Maka Ibn ʿAbbās pun keluar dari khemahnya, lalu berkata: Labbaykallāhumma Labbayk, Labbayk..; kerana sesungguhnya mereka telah meninggalkan sunnah dari kerana bencikan Ali”. Hadith riwayat: – al-Nasāʿī – […]

ADA APA DENGAN HARI TARWIYAH?

Hari Tarwiyah adalah nama bagi tanggal 8 Zulhijjah, yang merupakan hari di mana para jemaah haji keluar dari Makkah ke Mina untuk bermalam dan seterusnya ke padang Arafah. Ia dinamakan sedemikian kerana para jemaah haji mengisi air dengan secukupnya pada hari ini sebagai bekalan keluar ke Arafah. Dikatakan juga: bahawa Nabi Ibrahim a.s. telah diperlihatkan […]

Hari Ghadir

Pada 18 Zulhijjah tahun 10 Hijrah, setelah berangkat pulang daripada Haji Wada’, Baginda Rasulullah s.a.w telah berhenti di sebuah lembah di antara Makkah dan Madinah, di sebuah tempat yang dikenali sebagai Ghadir Khum (ghadir: tali air) Di sini, Baginda Nabi s.a.w telah berucap di hadapan ribuan sahabat. Antara kandungan khutbah baginda ialah: “Ammā ba’du: ketahuilah wahai […]

1 Zulhijjah

1 Zulhijjah tahun 2 Hijrah dikatakan adalah tarikh perkahwinan Sayyidina Ali dan Sayyidatina Fatimah al-Zahra’, salam sejahtera dan keredaan Allah ke atas mereka berdua. “Daripada Rasūlullāh s.a.a.w, sabda baginda: (( إنَّ اللهَ أمَرَني أنْ أُزَوِّجَ فاطمةَ مِنْ عَلِيٍّ )) “Sesungguhnya Allāh telah memerintahkan aku supaya mengahwinkan Fāṭimah dengan ʿAlī” ._______Kata al-Haythamī dalam Majmaʿ al-Zawāʾid (9:330) […]