MAWLID MAWLANA AMIRUL MUKMININ SAYYIDINA ALI BIN ABI TALIB A.S.

Kata Ibn al-Ṣabbāgh al-Mālikī: “Ali a.s. telah dilahirkan di Makkah al-Musharrafah, di dalam al-Bayt al-Haram, pada hari Jumaat, 13 daripada bulan Allah al-Aṣamm[1], Rejab yang tunggal, tahun 30 dari Tahun Gajah, sebelum Hijrah dengan 23 tahun, dikatakan juga: 25 tahun. Dan sebelum kebangkitan (Nabi s.a.a.w) dengan 12 tahun, dikatakan juga: 10 tahun. Dan tidak pernah […]

ADA APA DENGAN HARI TARWIYAH?

Hari Tarwiyah adalah nama bagi tanggal 8 Zulhijjah, yang merupakan hari di mana para jemaah haji keluar dari Makkah ke Mina untuk bermalam dan seterusnya ke padang Arafah. Ia dinamakan sedemikian kerana para jemaah haji mengisi air dengan secukupnya pada hari ini sebagai bekalan keluar ke Arafah. Dikatakan juga: bahawa Nabi Ibrahim a.s. telah diperlihatkan […]

Hari Ghadir

Pada 18 Zulhijjah tahun 10 Hijrah, setelah berangkat pulang daripada Haji Wada’, Baginda Rasulullah s.a.w telah berhenti di sebuah lembah di antara Makkah dan Madinah, di sebuah tempat yang dikenali sebagai Ghadir Khum (ghadir: tali air) Di sini, Baginda Nabi s.a.w telah berucap di hadapan ribuan sahabat. Antara kandungan khutbah baginda ialah: “Ammā ba’du: ketahuilah wahai […]

1 Zulhijjah

1 Zulhijjah tahun 2 Hijrah dikatakan adalah tarikh perkahwinan Sayyidina Ali dan Sayyidatina Fatimah al-Zahra’, salam sejahtera dan keredaan Allah ke atas mereka berdua. “Daripada Rasūlullāh s.a.a.w, sabda baginda: (( إنَّ اللهَ أمَرَني أنْ أُزَوِّجَ فاطمةَ مِنْ عَلِيٍّ )) “Sesungguhnya Allāh telah memerintahkan aku supaya mengahwinkan Fāṭimah dengan ʿAlī” ._______Kata al-Haythamī dalam Majmaʿ al-Zawāʾid (9:330) […]