
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أُتِيَ عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ زِيَادٍ بِرَأْسِ الحُسَيْنِ عَلَيْهِ السَّلاَمُ، فَجُعِلَ فِي طَسْتٍ، فَجَعَلَ يَنْكُتُ، وَقَالَ فِي حُسْنِهِ شَيْئًا، فَقَالَ أَنَسٌ: “كَانَ أَشْبَهَهُمْ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ [وآلِهِ] وَسَلَّمَ، وَكَانَ مَخْضُوبًا بِالوَسْمَةِ”
“Daripada Anas bin Mālik RA: ʿUbaydullāh bin Ziyād (Gabenor Kufah) telah didatangi dengan kepala Husein AS, lalu ia diletakkan ke dalam bekas tembaga, maka mulalah dia menusuk-nusuk, dan mengucapkan sesuatu pada keelokan beliau, maka kata Anas: Beliau adalah yang paling mirip dengan Rasūlullāh SAAW, dan beliau berinai dengan Wasmah”. [Ṣaḥīḥ Bukhārī, 5:26]
Dalam riwayat lain pula disebutkan bahawa Ibn Ziyād telah berkata: Sesungguhnya beliau adalah seorang yang cantik mulutnya!
Maka kata Anas: Aku pun berkata: Adapun demi Allāh aku pasti akan memburukkan engkau. Lalu aku berkata:
“لَقَدْ رَأَيتُ رَسُوْلَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ [وآلِهِ] وَسَلَّمَ – يُقَبِّلُ مَوْضِعَ قَضِيبِكَ مِنْ فِيْهِ”
“Demi sesungguhnya aku telah melihat Rasūlullāh SAAW mengucup tempat tongkatmu pada mulut beliau itu” .
Hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Tirmidhi, al-Bazzār dan Abū Yaʿlá al-Mawṣili, sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Kathīr.