Apakah yang berlaku?
Disampaikan oleh: Syeikh Dr. Abdul Wahhab al-Tariri (Arab Saudi), dalam rancangan Qahwat al-Sabah, yang disiarkan oleh stesen tv satelit al-Majd, pada 20/12/2015.
"كتاب الله وعترتي أهل بيتي"
Apakah yang berlaku?
Disampaikan oleh: Syeikh Dr. Abdul Wahhab al-Tariri (Arab Saudi), dalam rancangan Qahwat al-Sabah, yang disiarkan oleh stesen tv satelit al-Majd, pada 20/12/2015.
Disampaikan oleh: Dr. Adnan Ibrahim (Palestin).
Video ringkasan Tragedi Karbala, berlatar-belakangkan lagu nasyid popular Sunnah Orang Berjuang.
Salam sejahtera ke atas Sayyidina Husein dan sekalian para syuhada Karbala, beserta rahmat Allah Ta’ala dan keberkatan-Nya.

Antara pengajaran terbesar yang dapat kita perolehi dari Tragedi Karbala ialah: KEMERDEKAAN DIRI. Ia telah dipamerkan dengan jelas, dan dinyatakan dengan tegas oleh Sayyidina Husein AS.
Setelah para pejuang yang lain gugur syahid, sekumpulan tentera musuh dalam sekitar 10 orang tentera infantri yang dipimpin oleh Shamir bin Dhī al-Jawshan datang kepada khemah Sayyidina Husein AS, yang mana di dalamnya ada barangan dan keluarga beliau. Beliau pun pergi kepada mereka, namun beliau dihalang oleh mereka daripada khemah beliau!
Maka kata beliau kepada mereka:
وَيْلَكُمْ!! إنْ لَمْ يَكُنْ لَكُمْ دِينٌ وكُنْتُمْ لا تَخَافُونَ يَوْمَ المـَعَادِ، فَكُونُوا في دُنْيَاكُمْ أحْرَاراً وَذَوِي أحْسَابٍ! امْنَعُوا رَحْلِي وأهْلِي من طَغَامِكُم وجُهَّالِكُمْ!!
“Celaka kamu! Jika kamu tidak mempunyai agama sekalipun, dan kamu pula tidak takut Hari Kembali, maka jadilah di dunia kamu sebagai orang-orang yang merdeka dan mempunyai kemuliaan! Halanglah khemah dan keluargaku daripada orang-orang hina dan jahil kamu!”
Kata-kata tegas beliau telah memberi kesan kepada mereka. Maka kata Shamir: “Yang demikian itu untukmu, wahai anak Fatimah”.
Kemudian mereka pun mengepung beliau pula.
[Lihat: al-Bidāyah wa al-Nihāyah oleh Ibn Kathīr, 8/203, tahqiq Ali Shīrī]
Perhatikan bagaimana Sayyidina Husein AS mengajar erti kepahlawanan yang sebenar kepada pihak musuh. Pahlawan yang sebenar ialah orang yang merdeka dan mempunyai kemuliaan. Orang yang tidak menceroboh, walaupun sedang bermusuh. Orang yang bebas daripada menjadi hamba kepada nafsu durjana. Orang yang fitrahnya bersih dan sejahtera.
Marilah bersama-sama kita mengambil semangat kemerdekaan ini, yang telah ditunjukkan dengan cemerlang dan penuh berwibawa, oleh penghulu para pemuda ahli syurga.
SALAM KEMERDEKAAN BUAT SEMUA.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أُتِيَ عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ زِيَادٍ بِرَأْسِ الحُسَيْنِ عَلَيْهِ السَّلاَمُ، فَجُعِلَ فِي طَسْتٍ، فَجَعَلَ يَنْكُتُ، وَقَالَ فِي حُسْنِهِ شَيْئًا، فَقَالَ أَنَسٌ: “كَانَ أَشْبَهَهُمْ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ [وآلِهِ] وَسَلَّمَ، وَكَانَ مَخْضُوبًا بِالوَسْمَةِ”
“Daripada Anas bin Mālik RA: ʿUbaydullāh bin Ziyād (Gabenor Kufah) telah didatangi dengan kepala Husein AS, lalu ia diletakkan ke dalam bekas tembaga, maka mulalah dia menusuk-nusuk, dan mengucapkan sesuatu pada keelokan beliau, maka kata Anas: Beliau adalah yang paling mirip dengan Rasūlullāh SAAW, dan beliau berinai dengan Wasmah”. [Ṣaḥīḥ Bukhārī, 5:26]
Dalam riwayat lain pula disebutkan bahawa Ibn Ziyād telah berkata: Sesungguhnya beliau adalah seorang yang cantik mulutnya!
Maka kata Anas: Aku pun berkata: Adapun demi Allāh aku pasti akan memburukkan engkau. Lalu aku berkata:
“لَقَدْ رَأَيتُ رَسُوْلَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ [وآلِهِ] وَسَلَّمَ – يُقَبِّلُ مَوْضِعَ قَضِيبِكَ مِنْ فِيْهِ”
“Demi sesungguhnya aku telah melihat Rasūlullāh SAAW mengucup tempat tongkatmu pada mulut beliau itu” .
Hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Tirmidhi, al-Bazzār dan Abū Yaʿlá al-Mawṣili, sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Kathīr.