Description
Apakah sebenarnya yang berlaku di Karbala?
Sejauh manakah pula kita mengenali Saidina Husein, salam sejahtera dan keredhaan Allah S.W.T ke atas beliau, yang merupakan watak utama dalam tragedi Karbala?
– Adakah beliau hanya sekadar cucu Nabi s.a.w?
– Adakah sayangnya Nabi s.a.w kepada beliau hanyalah seperti sayangnya seorang datuk kepada cucunya?
– Apakah kelebihan-kelebihan beliau, yang terdapat dalam hadith-hadith Nabi s.a.w?
– Sejauh manakah kita tahu tentang sejarah hidup beliau?
– Apa pandangan politik beliau?
– Siapa kawan dan lawan beliau?
– Apakah sebenarnya yang berlaku sehingga menyebabkan beliau gugur syahid di Karbala?
Apakah sebenarnya yang berlaku, sebelum, semasa dan selepas tragedi Karbala, berdasarkan kitab-kitab ulama Sunni?
Adakah tragedi ini sesuatu yang patut dikenang, ataupun ia termasuk “barang yang lepas jangan dikenang?”
Buku ini akan membantu anda dalam mencari jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut.
Buku yang menceritakan tentang tragedi Karbala berdasarkan sumber-sumber Sunni ini dibahagikan kepada beberapa fasal, iaitu seperti berikut:
– Pendahuluan
– Kelebihan-kelebihan Saidina Husein a.s.
– Sebelum Karbala
– Di Karbala
– Selepas Karbala
– Syuhada Karbala
– Tangisan ke atas Saidina Husein a.s.
– Keistimewaan Karbala
– Fenomena luar biasa selepas Karbala
– Penutup
– Rujukan
– Lampiran
Buku ini bersaiz A5 (cetakan dahulu 6″ × 9″ seperti dalam gambar) dan setebal 400 halaman (dari kulit ke kulit).
Semoga buku ini memberi manfaat kepada semua.










Reviews
There are no reviews yet.