Kata Ibn al-Ṣabbāgh al-Mālikī:
“Ali a.s. telah dilahirkan di Makkah al-Musharrafah, di dalam al-Bayt al-Haram, pada hari Jumaat, 13 daripada bulan Allah al-Aṣamm[1], Rejab yang tunggal, tahun 30 dari Tahun Gajah, sebelum Hijrah dengan 23 tahun, dikatakan juga: 25 tahun. Dan sebelum kebangkitan (Nabi s.a.a.w) dengan 12 tahun, dikatakan juga: 10 tahun.
Dan tidak pernah dilahirkan di dalam al-Bayt al-Haram sebelum beliau seorang pun selain beliau, dan ia adalah satu kelebihan yang dikhususkan oleh Allah Ta’ala kepada beliau, untuk memuliakan beliau, meninggikan martabat beliau, dan menzahirkan kemuliaan beliau.
Dan Ali adalah seorang Hāshimī dari dua orang Hāshimī, dan orang pertama yang dilahirkan oleh Hāshim sebanyak dua kali[2]”[3].
Kata al-Ḥākim al-Naysābūrī:
“Sesungguhnya khabar-khabar telah pun mutawatir bahawa Fatimah binti Asad telah melahirkan Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib – semoga Allah memuliakan wajah beliau – di dalam Ka’bah”[4].
Salam sejahtera ke atas Mawlana Amirul Mukminin, beserta rahmat Allah dan keberkatan-Nya.
[1] Salah satu gelaran bulan Rejab, yang bermakna: yang tidak mendengar; kerana tiada kedengaran sebarang bunyi peperangan mahupun senjata pada bulan ini, kerana ia adalah bulan haram.
[2] Nasab Sayyidina Ali a.s. dari sebelah bapa: Ali bin Abi Talib bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nasab beliau dari sebelah ibu pula: Ali bin Fatimah binti Asad bin Hashim.
[3] al-Fuṣūl al-Muhimmah fi Maʿrifat al-Aʾimmah, hal. 35-36, tahqiq: Sayyid Ja’far al-Husayni.
[4] al-Mustadrak ala al-Ṣaḥīḥayn, 3:483.